Semua jenis kayak mempunyai nama bahagian yang sama, hanya bentuk, ukuran dan bahan pembuatannya sahaja yang berbeza mengikut syarikat pengeluar dan teknologi semasa.Sebagaimana fizikal manusia, kayak mempunyai bahagian-bahagian yang penting dalam menentukan prestasinya.Secara amnya, semua kayak mempunyai bahagian-bahagian berikut namun berbeza dari segi saiz, bahan binaan dan bentuknya. Kat bawah ini akan menerangkan fungsi setiap bahagian yang terdapat pada sesebuah kayak.
Bentuk Hull Kayak
clik to view
Anatomi Kayakclick to view
Bow dan Stern (Haluan dan Buritan)
Bahagian muncung hadapan dan belakang kayak berbentuk tajam dan bulat. Bow dalah muncung bahagian hadapan manakala Stern adalah muncung bahagian belakang. Kedudukan kedua-dua bahagian ini kadangkala amat mengelirukan. Oleh itu, bahagian ini bnoleh ditentukan dengan meninjau bentuk coaming dan arah tempat duduk sesebuah kayak. Bahagian ini amat mudah rosak jika tidak dikendalikan dengan baik. Fungsi utamanya ialah untuk memotong air dan memecah ombak selain menjadi panduan arah tujuan kayak.Hull
Dinding lantai, geladak bahagian bawah kayak.Ia mempunyai bentuk yang berbeza-beza bergantung kepada jenis dan kegunaan sesebuah kayak itu.
Deck (Geladak Atas)
Dinding bahagian atas kayak di mana terletaknya cockpit.Ia berfungsi menutup bahagian atas kayak dan melindungi bahagian kaki pendayung serta memudahkan kemahiran gulingan. Dek hadapan di panggil foredeck manakala dek belakang dipanggil aftdeck. Sejenis tali atau tempat pemegang yang terdapat di bahagian hujung bow dan stem. Kegunaannya ialah untuk memudahkan anda mengangkat sesebuah kayak, berpaut apabila terbalik dan mengikatnya ke tebing.
Toggles
Sejenis tali atau tempat pemegang yang terdapat di bahagian hujung bow dan stern. Kegunaannya ialah memudahkan anda mengangkat sesebuah kayak, berpaut apabila terbalik dan mengikatnya ke tebing. Toggle terbahagi dua iaitu toggles yang tenditi daripada tali yang dilkat pada sejenis pepegang yang diperbuat daripada kayu atau plastik. la lebih selamat dan selesa digunakan. Eng loops pula terdiri dari seutas gelungan tali yang tertetak dihujung bow dan stem, la murah dan mudah disediakan tertapi berbahaya kerana di kawasan arus deras, end loop kayak yang terperangkap dalam pusaran air boleh mencederakan tangan anda.
Cockpit
Ruangan yang terletak ditengah-tengah kayak dan di antara foredeck dan aftdeck. Ia meruapakan kawasan di mana pendayung duduk di dalamnya. Bahagian hadapan dan belakang kayak boleh ditentukan dengan melihat kepada bahagian cockpit. Bahagian hadapannya berbentuk lebih kecil berbanding bahagian belakang. Tempat duduk kayak yang terdapat dalam cockpit pula selalunya hampir dengan bahagian belakang cockpit.
Seat (Tempat Duduk)
Seat (Tempat Duduk)
Tempat duduk pendayung yang terletak di dalam cockpit. Ia terbahagi kepada beberapa jenis iaitu tempat duduk standart (mempunyai saiz yang tetap), tempat duduk sederhana (untuk kegunaan rekreasi), tempat duduk ketat (untuk kegunaan aktiviti rodeo dan arus deras) dan tempat duduk boleh laras. Tempat duduk yang tlnggi akan memberikan kesan terhadap daya dayungan dan menambahkan kelajuan kayak tetapi rendan tahap imbangannya. Tempat duduk yang rendan pula stabil imbangannya namun menghasilkan daya dayungan yang rendah.
Coaming
Bahagian tepi yang kecik dan nipis mengelilingi cockpit. Berfungsi untuk menghalang air dari memasuki cockpit dan tempat untuk mengikat spray cover.
Knee Brace
Terdapat di bahagian bawah coaming di bahagian foredeck. Fungsi utamanya ialah untuk menyokong lutut pepedayung dan memberikan cengkaman kaki pedayung lebih kuat terhadap kayaknya. Ia hanya terdapat pada kayak arus deras dan slalom sahaja.
Towline / Deckline
Tali yang diikat dari hujung bow kesisi kiri dan kanan coaming hingga ke bahagian stern. Ia berfungsi sebagai tali untuk menyelamat, menunda, mengikat alatan dan mengikat kayak. Tidak semua kayak memiliki towline.
Keel
Terletak di bahagian bawah geladak bawah kayak Fungsi utamanya ialah untuk membelah arus dan bertindak sebagai kemudi. Ia membolehkan sesebuah kayak itu bergerak lurus dengan cepat. Tidak semua kayak mempunyai keel. Selain keel, terdapat juga beberapa alatan yang mempunyai fungsi sama dengan keel iaitu skeg, sejenis kemudi yang boleh dipasang dan dilucutkan. Rudder pula merupakan sejenis keel yang boleh laras atau dikawal pergerakan kemudinya. Selalunya rudder terdapat pada kayak laut dan kayak pertandingan pecut.
Buoyancy (Bahan Apungan)
Bahan apungan yang terdapat di dalam kayak. Ia terletak di bawah deck di bahagian bow dan stern. Fungsi utamanya ialah untuk mengapungkan kayak apabila terbalik dan di masuki air. Selain itu, ia juga mengukuhkan dan menyokong bahagian geladak atas dan bawah. Secara amnya, terdapat tiga jenis buoyancy iaitu Beg Udara, Foam dan Polisterin.
Footrest
Terletak di bahagian foredeck dan merupakan tempat meletak kaki pedayung. Ia berfungsi memberikan daya cengkaman dan sokongan tenaga yang lebih yang di hasilkan melalui kombinasi pergerakan tangan , bahu, lowerback dan kaki terhadap footrest. Selain itu ia berfungsi sebagai alat keselamatan yang mefindungi pedayung dan terhentak atau meogelunsur ke hadapan akibat hentakan atau pelanggaran. Secara umum terdapat tiga jenis footrest iaiut:-
i. Verbentuk bar yang dipasang pada bahagian sisi port dan starboard kayak;
i. Bentuk pasangan pedal yang terletak juga di sisi port dan starboard kayak;
iii. Bentuk bulk head yang memenuhi bongkah rata dan memenuhi bahagian bow sesebuah kayak.
Hatches
Lubang berpenutup yang terdapat di tengah bahagian foredeck dan aftdeck. Fungsinya ialah untuk menyimpan peralatan diri dan perkhemahan. Saiz hatches ini bergantung kepada saiz dan bentuk kayak itu sendiri. Ia hanya terdapat pada kayak laut.
No comments:
Post a Comment