GADANG SEBAGAI PENYUKAT/PENENTU |
Pendekatan ini memberi maksud bangsa melayu sekarang sudah cukup meruncingkan. Apakah kita mahu jadi seperti sekam yang jatuh ketanah? Atau melukut? Atau antah? Atau beras atau padi?
Kesemua ini mempunyai maksud yang tersendiri sebagai gambaran yang menyentuh tentang kehebatan dan kelemahan orang-orang melayu.
1. Sekam- Bagai api dalam sekam
2. Melukut- Bagai melukut di tepi gantang (gadang)
3. Antah- Bagai antah dalam beras (padi)
4. Beras- menghabiskan boras ajo(bidalan orang Negeri Sembilan)
5. Padi banyak pengertiannya, antaranya:
I. Jadilah segenggam padi
II. Seumpama seraub padi
III. Segempal/secekaka padi
IV. Padi secupak tidak akan menjadi segantang
V. Makin tunduk makin berisi
VI. Harapkan pagar, pagar makan padi
Cuba kita perincikan pada 5.(IV), kalau beras pasi tidak akan jadi segantang. Tetapi bila padi, kita jadikan benih semai dan ditanam hingga mempunyai hasil. Maka hasilnya bukan lagi segantang, Ianya akan menjadi berbakul-bakul.
Begitu jugalah “Harapkan pagar, pagar makan padi” satu-satunya bidalan atau peribahasa yang sanyat ditakuti bila pemegang amanah tidak melakukan tugas dan peranan yang akhirnya mengakibatkan keaiban hingga menjejaskan kedudukan individu atau pemimpin samada dalam sebuah keluarga, Masyarakat dan sebagainya. Tidak mengira samada berbangsa melayu, cina, india dan lain-lain kaum.
Kalau mahu menjadi padi, hendaklah menjadi dalam bilangan I,II,II dan V. bilamana hendak menjadi beras pastikan antah di buang sebelum dimasak. Andai antah jadi pilihan, pastikan kulit dibuang. Melukut jangan sesekali dipilih. Sekam pula jauh langit dan bumi.
Ingatkan kembali akan kata “Hang Tuah-Tidakkan melayu hilang di dunia”. Maka disokong mantan PM ke empat Tun Dr. Mahathir Mohamad “Melayu mudah lupa”. Tuah dan mantan PM tidak pernah mengupas akan kata-kata mereka. Kitalah yang perlu mencari sendiri kemana arah tujunya Malaysia berbangsa melayu.
Maka “GADANG” itulah sebagai penentunya. Kenalilah “GADANG” wahai manusia. Gadang itu seumpama KERAJAAN. Kerajaan itu melayunya. Melayu itu sebagai terasnya. Melayu seumpama segempal padi. Makin tunduk kisn berisi. Jangan hanya menghabiskan beras. Sifat antah mesti di banteras agar tidak seperti melukut di tepi gantang. Akhirnya dendam membara. Bagai api dalam sekam.
Marilah sama-sama kita imbau keazaman silam, bagaimana penat lelah pejuangan dahulu memindah tanah melayu kepada Malaya kemudian bertukar nama kepada Malaysia. Sama-samalah kita tarik nafas dan menghela nafas. Masing-masing berbau apa?
FIKIR-FIKIRKAN LAH!!!!!
No comments:
Post a Comment